Friday, April 11, 2014

Aksi Hillary Clinton ketika dibaling kasut

Aksi Hillary Clinton ketika dibaling kasut [5 Gambar]

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/
Hillary Clinton dibaling kasut ketika di Las Vegas oleh seorang wanita yang melepasi kawalan keselamatan, namun tersasar.

Balingan tersebut ketika Clinton berucap pada pertemuan Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI). 

Clinton yang dikatakan bakal calon Demokrat untuk pilihan raya president 2016, mengelak ketika kasut itu melayang pada paras kepala di sebelah kiri beliau.

"Apakah itu, kelawar?...Apakah ada orang melempar sesuatu kepada saya?" kata Clinton.

Selepas kembali tenang beliau menambah: "Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?” — merujuk persembahan tarian akrobatik di Begas.

"Saya tidak tahu pengurusan sisa pepejal begitu kontroversi. Nasib baik beliau tidak pandai bermain bola lisut seperti saya," katanya dipetik AFP menyebabkan hadirin ketawa.

Wanita berambut perang itu segera diiring keluar dari dewan dan ditahan.

No comments:

Post a Comment