Saturday, April 26, 2014

Apa masaalahnya memakai jam tangan ditangan kiri?

Heh...heh..kalau anda tahu pastinya kembang tak sudah,tapi dah memang kelazimannya orang memakai jam ditangan kiri..

Tak tahu la andai ada yang memakainya ditangan kanan.

Jom lihat benarkah apa yang dikatakan apabila anda memakai jam ditangan kiri.


Tuesday, April 22, 2014

Rani, Aditya bersatu dalam majlis tertutup Di Italy

Rome: Aditya Chopra dan Rani Mukerji akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri dalam majlis tertutup pada 21 April lalu di Itali.
Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Yash Raj Films (YRF) Rafiq Gangjee berkata, majlis itu diadakan secara kecil-kecilan. 
“Hanya ahli keluarga terdekat pasangan terbabit dijemput menyaksikannya,” katanya. 

Menulis di Twitter, syarikat penerbitan YRF turut mengatakan perkara sama semalam.
Ia turut memuat naik mesej lanjut: “Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan itu, moga berbahagia selamanya.”

Sementara itu, Rani sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkahwinan itu. 

“Saya ingin berkongsi hari paling bahagia ini dengan semua peminat di seluruh dunia. 

“Doa kalian selama ini memang penguat semangat saya. 

“Saya tahu ramai antara anda menanti-nantikan berita ini dan bergembira bersama saya. Majlis kami amat indah di sebuah perkampungan di Itali dengan hanya dihadiri beberapa keluarga serta teman rapat. 

“Sayangnya Yash Uncle (panggilan Rani merujuk kepada Yash Chopra yang meninggal dunia pada 21 Oktober 2012) tidak bersama kami, namun saya tahu dia tidak pernah berhenti menyayangi serta mendoakan kami,” katanya. 

Menurut Rani, dia meminati kisah dongeng sejak kecil dan percaya hidupnya tidak ubah seperti satu cerita. 

“Kini saya memasuki fasa seterusnya kehidupan sebagai seorang isteri - nampaknya, ‘kisah dongeng’ ini masih belum tamat,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan Aditya sudah berpindah ke rumah Rani dan pasangan itu akan berkahwin dalam masa terdekat. 

Malah, sejak beberapa tahun lalu Rani dilihat memainkan peranan sebagai anak perempuan sulung serta tuan rumah di kediaman Chopra. 

Tiada Kekasih ,Preity Zinta Tak Kisah

AKTRES Bollywood jelita, Preity Zinta mengakui tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki ketika ini.

Walaupun umurnya sudah melebihi 30 tahun, Preity tetap selesa menjalani kehidupan solo tanpa terikat dengan komitmen perhubungan cinta.

“Saya tak kisah tiada kekasih, tak rasa sunyi pun sebab terlalu sibuk fokus pada kerja. “Saya bahagia tumpukan perhatian pada lakonan dan pengarahan sebab saya memang cintakan dunia profesional saya,” katanya.

cantik orangnya...paling suka semestinya lesung pipit dipipi dan bibirnya..

Saturday, April 12, 2014

Jangan dengki dengan rezeki orang lain

Satu hari si penoreh getah mengikut si nelayan ke laut untuk menangkap ikan. Si penoreh duduk di belakang kapal manakala nelayan di depan.

Laut yang agak bergelora menyebabkan si penoreh agak terumbang-ambing. Melihat si nelayan asyik berjaya mengail ikan tapi tidak dia, si penoreh meminta untuk menukar posisi memancing dengan si nelayan.

Si nelayan pun menukar posisi, namun situasinya sama, si penoreh masih tidak dapat mengail seekor ikan. Ikan-ikan semua seolah-olah lari mengikut si nelayan.

Mungkin ini adalah masalah joran. Maka si penoreh pun meminta menukar joran dengan si nelayan. Situasi tetap sama – hanya si nelayan mendapat ikan. Laut makin bergelora, si penoreh mengalami mabuk laut dan muntah-muntah.

Sesudah tiba di darat, si penoreh berkata: “Susah nak cari makan di laut. Elok buat kerja aku, lagi mudah.”

Pada satu hari, si nelayan mengikuti si penoreh ke ladangnya dan mencuba menoreh getah.

Ada 1,000 pokok yang perlu ditoreh bermula sebelum subuh. Si nelayan mengeluh susah. Masa menoreh, si nelayan cuai, tangan terkena sabit. Ketika ingin berehat, si nelayan terlanggar bekas menadah getah dan semua tertuang di atas kepalanya.

Si penoreh menoreh pokok getah dengan cukup senang tanpa sebarang gangguan.

“Susah betul kerja toreh getah. Tangkap ikan lagi mudah,” kata si nelayan.

Wahai anakku,
Rezeki kamu sudah ditentukan. Asalkan kamu berusaha, kamu akan mendapatnya. Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Bersyukur pada rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Usah iri hati pada rezeki orang lain. Ada orang yang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut menangkap ikan.

Setiap bidang ada cabarannya sendiri, namun asalkan hati kamu sentiasa dekat dengan Allah, kamu akan melihat segalanya dalam bentuk kesyukuran dan medan latihan untuk mempertingkatkan diri sebelum misi seterusnya.

Friday, April 11, 2014

Aksi Hillary Clinton ketika dibaling kasut

Aksi Hillary Clinton ketika dibaling kasut [5 Gambar]

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/

http://www.mywaktusolat.com/
Hillary Clinton dibaling kasut ketika di Las Vegas oleh seorang wanita yang melepasi kawalan keselamatan, namun tersasar.

Balingan tersebut ketika Clinton berucap pada pertemuan Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI). 

Clinton yang dikatakan bakal calon Demokrat untuk pilihan raya president 2016, mengelak ketika kasut itu melayang pada paras kepala di sebelah kiri beliau.

"Apakah itu, kelawar?...Apakah ada orang melempar sesuatu kepada saya?" kata Clinton.

Selepas kembali tenang beliau menambah: "Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?” — merujuk persembahan tarian akrobatik di Begas.

"Saya tidak tahu pengurusan sisa pepejal begitu kontroversi. Nasib baik beliau tidak pandai bermain bola lisut seperti saya," katanya dipetik AFP menyebabkan hadirin ketawa.

Wanita berambut perang itu segera diiring keluar dari dewan dan ditahan.

Thursday, April 10, 2014

Kanak-Kanak Paling Tinggi, Baru 2 tahun, Setinggi 1.34 Meter

Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia.Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter dan berharap anaknya akan mengatasi ketinggiannya.



Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi dan akan meminta makanan apabila melihat orang makan. Dia juga tidak berhenti makan jika tidak di suruh berhenti.Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.





Wednesday, April 9, 2014

Green Apam

recipe
~ ~ ~ ~
cup of wheat flour
of eggs
pinch of salt
2 cups of water ... a little green dye
one teaspoon mauripan

core material
~ ~ ~ ~ ~
one cup of custard powder
1 cup evaporated milk
2 cups of water .... if thick add 1 cup of water ...
follow sweet sugar ..
green coloring

cara2

Put all ingredients viewed blander
bland .. all the ingredients should be added if batter is too thick, flour .. not very
marinate for 2 hours .. already fluffy with a ladle at a moment ...
Take a non-stick pan .. do not rub the oil .. take sdikit mixing spoon and flatten round . , .. size follow your own taste .. do not be reversed .. when 've already cooked batter may look lifted and let cool ..

how to cook heart
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Mix all ingredients and strain
put in a saucepan over low heat .. stir .. stir until thickened .. if concentrated essence add a little hot water and do not be too thin so later so really can not clamp the skin ...
.. why not all the same custard powder concentration may be lifted when the already boiling ... let cool

take a piece of skin apom core park in the middle and fix it like curry

Happy trying ..